Saturday, January 14, 2012

3 SEKAWAN dan THE TALKATIVE CIK BILA

Remember this entry? Mama did write about the three stooges, aite? Yup! THEY ARE BEST FRIENDS. Even though pangkat uncle+aunty utk Along. Sekali jumpa, SUSAH SGT2 nk dipisahkan.

Last week, we were having them inside our car. Semuanya gara2 Along nangis nk ikut Lek Boboi naik Serena Pak Usu. Terus Pak Usu bg permission Cik Bila+Lek Boboi join kitorg. 

3 sekawan!
Perjalanan 1jam adalah FUN+MERIAH. Happening dgn dendangan lagu BOBOI BOY drp 3 anak kecil +Mama (OK, Mama pn join jgk! Mana boleh tahan...lagu tu sgt CATCHY!) Itu pn An-Na'em dh tidur, kalau tak ada 2 suara kecil yg pelat nyanyi lagu Boboi Boy. 3 sekawan ni pun kejap2 kebelakang, kejap2 ke depan, kejap2 gaduh, kejap2 ketawa. HAPPENING! Agaknya mcm tu la Along+An-Na'em nnt.

Yang bestnya, Cik Bila ni bykkkkkkk sgt2 cakap. Sgt adorable. Terhibur Kak Fadh dgn Abg Hairul tau, Cik Bila (^o^)/ 

The talkative Cik Bila (1).
Scene mula2 nk start perjalanan, Mama ckp kt Mr.Otherhalf kalau boleh follow je belakang Pak Usu sbb Pak Usu rempit jgk bwk kereta.

"Bapak kalau bwk kereta, kan...lajuuu...Keluar rumah..nanti naik bukit. Lepas tu turun bukit. Lps tu pusing tayar sambil brek. Itu namanya...DRIFT tau!"

Comelllllllll!!!!

The talkative Cik Bila (2).
Scene kitorg sepatutnya follow belakang Serena, tp keciciran sbb Pak Usu rempit. Tetibe boleh kejar blk plk Serena.

"Haaa!!! Tu kereta bapak! Saya dah nampak dah! Saya cari guna mata. Bapak selalu ckp kalau nk cari barang jgn guna hidung, GUNA MATA!"

Comel, kan? kan? kan?

The talkative Cik Bila (3).
Scene 3sekawan tgh godek2 aircond belakang.

"Abg Hairul, boleh tak saya nak tanya sesuatu? Tp Abg Hairul jgn marah tau...Berapa ratus harga kereta ni?"

Cik Bila, anda adalah sgt comel!

Alhamdulillah, Allah selamatkan kami sepanjang perjalanan. Thanks to Pak Usu sbb bg kepercayaan pd kami utk bwk anak2 Pak Usu ikut kami demi menemankan Along

HAPPINESS!


p/s : gambar akan di-upload kemudian;p *updated*

Wednesday, January 11, 2012

AZAM TAHUN 2012

Assalamualaikum semua!

Dh 11hari masuk tahun baru, baru hari ni nk tulis azam. Ape2 je lah labu...I don't care. Ini blog gue yg empunya. Mama tulis pn utk check and balance Mama. So, here goes azam 2012 Mama :

1. Make sure Along+An-Na'em hafal surah2 pendek Al-Quran; Surah Ad-Dhuha sampai An-Nas.

2. Make sure Along+An-Na'em pandai solat lengkap, dgn bacaan dlm solat semua.

3. Make sure Along boleh bace Al-Quran.

4. Make sure An-Na'em pandai baca Iqra'.

5. Kurangkan Along pakai seluar 3/4. Ganti dgn seluar panjang Mama jahit. Biar Along belajar rasa MALU.

6. Share islamic parenting tips through articles/books reading kt blog twice/month.

Semoga menjadi anak2 yg soleh

YOOOSHHHH! GAMBARE, MAMA!
 Check and balance every 3month.

"Ya Allah, permudahkan lah jalanku untuk melaksanakan impianku. Amiin!"

Monday, January 2, 2012

MELAKA BOTANICAL GARDEN, Ayer Keroh

Alhamdulillah...anak2+Mr.Otherhalf semua tgh lena tidur. Hari ni masuk bilik awal pkl 9pm. Sebabnya Along dr pg xtidur. Masuk bilik, bg susu terus tertidur. Tgh bual2 dgn Mr.Otherhalf, tetiba senyap. Owhh..tidur dh. An-Na'em plk lama nk tidurkan. Menyusu ntah berapa kali round. Last2 An-Na'em selawat2 sndr, ambil tgn Mama letak kt kepala dia mnta diusap, terus tertidur. 

Td sebelum tidur ada plk org bertukang "tung...tang...tung...tang". Ni pakcik2 jiran masih mesyuarat tingkap..ehhh? mesyuarat "pangkin" kt luar rumah dpn. Makin rancak plk bunyi nya. Esok xkerja kot...xpe la pakcik...asal bahagia.

Mcm real, kan?
Eh? Melalut cerita lain plk. Actually nk cerita pg td kitorg g keluar kt Taman Botanikal, Ayer Keroh. xde la pg sgt pn. Keluar dlm pkl 10am. Bgn pg td ingtkn Mr.Otherhalf xjd keluar. Smlm mmg ada ckp2 nk jln2 "ambil angin". Yela...sian Mr.Otherhalf xkemana2 sejak sakit Sabtu lps. Plus warded 4hari lg. Smlm Mr.Otherhalf ckp nk g pantai. Tp, bgn pg pn dh lambat. Dgn nk uruskan anak2 lg. Kang kalau g pantai dh panas sgt, sunburn plk mama anak2 yg putih2 itu. Sudahnya Mama ajak g tpt yg ada hutan byk pokok. Hirup udara segar sikit. Before bertolak Mama tanya Hj.G*oogle, hutan mana best kt Melaka ni. Byk jgk jwpn Hj.G*oogle. Tanya Mr.Otherhalf, he said , "Kita g yg dekat je lah. Abg takut Abg xlarat nnt" jwpn org blum 100% sihat.


So, pergi lah kami ke Taman Botanikal Ayer Keroh. Sepanjang perjlnan, Mr.Otherhalf bwk SGT SLOW. Kereta lain mmg xde, boleh la "mkn angin". Along plk asik tanya je, "Mama, kita nk g mana ni?" Lalu jln belakang kt dpn Melaka Wonderland, "Mama, kenapa kita lalu jln ni? Kita nk g Wonderland ke?" Perjlnan yg kalau Mama rempit drive boleh smpai dlm 5minit, Mr.Otherhalf bwk 15minit. Alhamdulillah...selamat jgk sampai. Jgn complaint ye adik2?
Along missing in action
Time kitorg smpai semua org yg berjogging dh nk blk. Alhamdulillah pokok tinggi2. Tghari xterasa panas pun. As usual, Along suka naik stroller. Adik An-Na'em Mama dukung. Sampai kt dlm tpt trek jln kaki, bg An-Na'em jln. Seronok dia main pijak2 daun kering. Dlm 1km berjln, jumpa la playground utk bdk2 (sebelah tu Kem PLKN). Terus Along beria2 berlari nk main. Tp, Mama nmpk benda lg BEST! Jeng...jeng...jeng...DINOSAUR! Terus xjd Along main kt playground dlm hutan. Snap2 pictures kt dinosaur (Mr.Otherhalf xikut), then patah blk sbb lapar. Byk je lg tpt boleh jln. Ada jambatan gantung, ada Kampung Buku yg tutup sbb hari ni hari cuti and ada buggy ride. Tp semua xg. Lapar mengatasi segalanya. Itu pn Along xsmpt nk snap2 dgn dinosaur lain. 
Along with Pteronadon
OK la, to be frank, both of us felt insecure kt dlm hutan tu. Tp, kitorg meluahkan isi hati time bual2 b4 Mr.Otherhalf tertidur td. Kt dlm hutan tu masing2 senyap je. Tp, phm2 body language masing2 la,kan? Kate dh 5thn kawin..ye x?

Along who's really into dinosaurs
Bukan apa..dh la org sikit. Pokok tinggi2 dik non oiiii! Kot jd apa2, kene sengat lebah ke...ku sangka yg ku pijak ranting kayu rupanya Enchek Snake ke...dahan patah hempap kaki ke...monyet dtg nk cari gaduh ke...ish! Nauzubillah! Siapa nk tolong? Dah la kt dlm tu ada signage "PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA2 YANG BERLAKU SEMASA DI DALAM HUTAN REKREASI INI" Wah2....Signage tu plk kan ala2 terlindung dgn daun pokok yg besar tau! Mr.Otherhalf ckp dia xnmpk pn. Mama plk lupa nk snap2 signage tu td. Dlm gambar kt website nampak cantik bersih je. Rupa2nya, menakutkan! Haha! xaci la...website zaman bile punya,kan? Eh? Mama idok le kate jgn pegi situ. Boleh je nk g. Tp, jgn pergi masa org xde la. Pg2 dgn ptg2 ms org ramai jogging, boleh sgt2! Kitorg td just takut IF anything happen, xde siapa nk mnta tlg. Ada la org, tp xramai. Lesson learned!


Eh? Dlm gambar nmpk clear plk kwsn ni

Blk tu dh ala2 kelaparan. Kitorg g mkn kt The Windmill Station. Mama ade kupon! Jd..."Marilah lah mari..Kita me-redeem!" Rezeki jgn ditolak! We had Popia, Fries (L), Giant Apple+Orange juice (without ice), Mushroom Soup (x2), Chicken and Fish, Nasi Goreng Kampung served with Chiken Chop. Total RM41 ONLY! Siap tapau sbb xabis mkn. Hehehe..Jgn membazir. In the first place, kitorg xtamak tau. Kupon tu mmg dh buat set BAAAANYAK gitu! Kitorg just tambah air+fries je sbb air xde dlm set. Mama lah yg mkn paling byk sbb Mr.Otherhalf still xde selera lg. Owhh..anak2 pn mkn byk juga! HAPPINESS!

Finishing the last drop
Blk rumah terus terlepak! Along je yg xtidur. Mama, Ayah dgn An-Na'em dh "krohhh..krohhh", Along tgk Pingu kt YouT*ube. Alhamdulillah, selesema An-Na'em mcm dh kurang. Along Al-Fateh dh sihat. Mr.Otherhalf pn berpeluh byk ms kt hutan td. Hisabisa no kazoku 4nin no jikan desu! MAMA ADALAH HAPPY!

Muka happy dpt hirup udara segar di tgh bandar
Pesanan penaja : Silalah bertukar angin apabila anda tidak sihat, lebih2 lg buat anda yg tinggal di bandar.

MENCARI KLINIK DI AWAL TAHUN

Alhamdulillah..ALLAH pajangkan lg usia kita hari ni, 1 Januari 2012. Di awal tahun lg, hari ni Mama g klinik dgn Along. Mr.Otherhalf belum pn sihat lg. ALLAH bg ujian lain plk.

Al-kisahnya, pg2 lg Along kejut Mama bgn, "Mama, bgn Mama. Dh siang. Jom la kite turun" Mama plk dh bermlm2 tidur xcukup sbb An-Na'em xselesa hidung selesema (eh? org ade anak kecil mana pernah cukup tidur,kan?) + penat yg "tamaru" sejak Mr.Otherhalf demam malas nk bgn. Iye kan aje. Tp, mata still tutup. Antara 2alam tu, Mama ada la perasan Along ckp nk yakyak. Then, tau2 Along dh dlm toilet panggil2 Mama mntk cucikan yakyak. Mr.Otherhalf bgn nk cucikan, Along nk Mama jugak! Being Mr.Otherhalf, benda yg Along mntk yg agak2 self-centered ni di-bohlayan-kan je. TQ ABG! Dpt la Mama lelap sepam. Tp, dlm tidur-x-berapa-dpt-nk-lelap tu, Mama ada dgr Along ckp, "Along rs mcm nk muntah la..." Mama+Mr.Otherhalf did not take it seriously sbb Along selalu ckp gitu. Slalu nya Mama bwk masuk toilet, nnt keluar cetotet je air liur Along. So, kami bohlayan je.

Lps pakai seluar bagai, Mr.Otherhalf sambung tidur. Masih lesu lg bdnnya. Kesian sgt2. Along kejut Mama lg ajak turun bwh. Mama tetap cuba nk tidur, An-Na'em plk yg terjg. Dpt geng, An-Na'em dgn Along ketuk2 pintu (pintu rumah ni dh kembang, Mama pn susah nk buka), Mbah got the signal, terus dtg bukakan pintu menyelamatkan cucu2nya. Dh gitu, Mama jd xsampai hati biarkan Mbah jg Along+An-Na'em. Mama pn join turun skali. Ingt nk sambung tidur kt bwh sambil2 tgk anak2. Turun tangga pn xmo buka mata betul2 takut nnt bila dh buka mata betul2 terus xleh tidur blk.

Belum sempat Mama nk baring kt hall, dgr Mbah panic, "Along?! Along muntah!" Sudahhhhhhh...terus terjg Mama! Bwk Along masuk bilik air, mandikan+lap muntah Along. Mama pn panic. Sambil2 pegang dahi, bdn Along mcm2 Mama tanya Along, "Along ada rs sakit kepala x? Along ada rs sakit tulang ke...sendi ke x? Along ada rs sakit perut x?" Haa! Amik! Semua symptom demam denggi yg Mr.Otherhalf rs hari tu Mama tanya Along. 

"Ala..xde ape2 Mama...Along OK je..Along muntah sikit je" Cool je jwpn Along. Panic tau Mama! Bila tgk Along OK, aktif mcm biasa main dgn Adik+Atunya+Mbah, xdemam...Mama relax sikit. Sambil2 tu dok pk sbb Along boleh muntah. Mama pesan kt Along, kalau nk muntah lg masuk bilik air.

Sekali tu ntah bila, Mama sedar Along dh muntah dlm bilik air. 2nd time. Byk mcm td, yg keluar air susu. Teori Mama, smlm pg Mama xsuap ape2 utk bfast. Selalu pkl 9:30am lps siap2 b4 g skolah Mama suap nasi. Tp, smlm pkl 1pm br mkn nasi. Semuanya gara2 bergossip dgn Mbah. I'VE FAILED TO BE A GOOD MOTHER (T___T) Kali ke-3 Along muntah, Mama Younch dh kt bwh. Mama Younch suruh bwk g clinic. Kate Mama Younch, kali ke-2 Mama Younch demam denggi xde demam, just muntah2! BERDERAU DARAH MAMA DGR! Dlm hati doa hopefully xjd apa2, cuma teori Mama betul.

Naik atas, bgtau condition Along+mntk permission Mr.Otherhalf yg tgh tdo nk g klinik bwk Along, terus terjg Mr.Otherhalf. PANIC ATTACK gamaknye. G clinic, tinggalkan An-Na'em dgn Mr.Otherhalf. Alhamdulillah, Klinik Sohvindir @ Batu B*erendam tu buka. Klinik tu mmg klinik 24jam, tp bkn klinik panel Mr.Otherhalf. Blasah la labuuuu..mana nk cari klinik yg buka on the 1st day of the year? It's New Year, Man! Klinik tu pn ramai org sbb semua org g klinik tu sbb klinik lain tutup. 1hr++ jgk tunggu...br dpt jumpa doc. Along pn dh ala2 boring sbb lama sgt menunggu.

Doc. check. Picit perut sana, tekan perut sini..."Owhhh..ini perut kosong...masuk angin" ALHAMDULILLAH! Rs nk sujud syukur kt situ jgk! RELIEF SGT2! So, nurse masukkan ubat punggung utk thn muntah. Along kena puasa 5jam. Doc. bg Along mkn ice cream vanilla 1 sudu every 1/2 hr. ALHAMDULILLAH!

Blk rumah semua berdebar2 nk tau Along kenapa. Bila bgtau Along cuma masuk angin, ramai2 sebut "ALHAMDULILLAH" So, "berpuasa" la Along selama 5 jam. Mbah yg konon2nya nk blk lps Mr.Otherhalf bgn tidur, blk pkl 3pm. Mbah tunggu sampai kitorg blk clinic. Sorry Atunya, Mbah+Mama Younch. Yg sedihnya apa tau. Ms Along tgh "puasa" tu Along nk susu sbb dh ngantuk nk tidur, Mama xbg sbb doc. xbg. Lps tu sikit2 tanya, "Dh boleh mkn ice cream ke Mama?" "Pkl berapa baru boleh mkn ice cream lg?" Kesian sgt2. Lapar sgt gamaknya. Last2 Mama bg diluted chrysanthemum tea, terus tertidur. 

Rambut Super Saiya - berpeluh2 lps minum susu "buka puasa" tgh tidur.

Ape2 pn syukur sgt2 Along xape2. xdpt bygkan mcm mana if anak2 kena denggi. Nauzubillah! 

"Ya Allah, Lindungilah kami drp malapetaka, bala bencana, penyakit berbahaya, penyakit yg tiada ubatnya, perasaan keluh kesah, gangguan syaitan, siksaan kubur+siksaan api neraka. Amiin, Ya Rabb"