Friday, April 20, 2012

KISAH KASIH ABANG II

Lama betul Mama xbercerita psl kasih sayang Along Fateh dgn An-Na'em. Ni kira ala-ala sambungan utk this entry la. Jangan salah faham Mama nk menunjuk2 plk, ye? Mama tulis buat kenangan Mama. Seronok sgt2 bila baca blk cerita2 lama.


Kisah Kasih Abang 1
Mama bila sidai kain kt luar mmg ajak anak2 main2 kt luar. Ada one day ni Mama keluar sidai kain dulu, Along panggil An-Na'em ajak main kt luar. Bila Along buka pintu+ grill, Along terus pakai kasut Along. Along keluar cepat2, Along ambilkan kasut An-Na'em yg agak jauh dr pintu.

An-Na'em : Nak shi.pa Na'em!!!!! *jerit kt Along*
Mama : Adik jgn jerit kt Along.Kan Along nk tlg dekatkan selipar dkt Adik tu.
Along : Nah Adik~ *hulur selipar Adik*
An-Na'em : Ti.ma kashiii Alon Fateh~ *terus pakai selipar sndr*
Mama : Laaa..terpaleng (read : terbalik) tu An-Na'em.
Mama : Along tlg betulkan selipar Adik, sayang.
An-Na'em : Alon Fatehhhhh!!!! Jgn amik shi.pa Na'emmmmm!!!! *marah Along*
Along : Bukan, Dik~ Along nk betulkan ni. 
Along : Adik pakai selipar terpaleng ni *tak peduli kena jerit, terus betulkan selipar An-Na'em*
Along : Haaaa~ Baru la betul, Dik~
An-Na'em : Ti.ma kashiii Alon~ *berlari2 keliling porch* 
Mama : Terima kasih byk Along sbb sabar dgn Adik.
Mama : Saaa~yang Along!
An-Na'em : Shaaaa~yant Alon Fateh!

Bangga betul Mama! Along mmg anak yg pandai jg Adik. Senyum bangga sampai ke telinga, Mama!

Semoga berkekalan kasih syg antara anakanda berdua, Amin!

Kisah Kasih Abang 2
Ada one morning, Mr.Otherhalf keluar g cari sarapan kt rumah pakcik Zakaria sbb Mama teringin nk mkn kuih. Baliknya Mr.Otherhalf beli sosej goreng 2 cucuk utk anak2. Tergelak Mama sbbnya sosej ada je dlm peti ais. Rupa2nya, Mr.Otherhalf ckp student yg letak sosej kt pakcik Zakaria. Sokka~ TQ Mr.Otherhalf for your concern(^^) Eh? Melalut cerita lain plk! Tp, cerita ni ada kena mengena dgn sosej yg dibeli tu. OK, sosej kan ada 2 cucuk, Mama bg Along 1, An-Na'em 1. Skalinya An-Na'em xnak mkn. So, Mama bg la Along mkn. Tgh Along sedap mkn tu, tetiba An-Na'm dtg dkt Along mntk sosej.

An-Na'em : Alon, nak~
Along : Nah *bg sikit kt Adik*
An-Na'em : Alon, nk lg~ 
Along : Nah *bg lg dkt Adik*

It happened berulang kali. Sampai dh last suap, Along masuk sosej dlm mulut. Tetiba An-Na'em dtg dkt Along. Pandang je Along. Diam, xckp apa. Tgk Along kunyah. 

Along : Nah, Dik~ Sorry Along dh kunyah sikit *keluarkan sosej dr dlm mulut, suap Adik*

Ya Allah! Terharunya Mama~ Mama xde suruh pn Along buat mcm tu. And yet, he knew that the little one still wants the sausage. Alhamdulillah, Ya Allah!

Kisah Kasih Abang 3.
Kisah ni Ucu cerita kt Mama ms anak2 tinggal seminggu kt Kjg. An-Na'em batuk teruk ms tu. Wak Ngah dgn Mak Ngah dgn Ucu tlg bwkkan g klinik utk amik ubat. Mcm biasa, si kecil ni kan OTAI, xpasal2 dimarahnya ada chinese girl ni.Then, Along dtg dkt girl tu and he said sorry on behalf of the little OTAI brother. Menurut kata Ucu, xde sape pn suruh Along mntk maaf. Along pandai sndr jd 'buffer'. 


Sweet, bukan?

Topi kertas buatan Mama;p




Kisah Kasih Abang 4.
Kisah berlaku pd hari yg sama, di klinik yg sama. An-Na'em ni kan ala2 phobia jumpa doc.Nampak je doc. nk check guna stethoscope lajuuuuuuuu je An-Na'em menjerit menangis. Haha! Td OTAI kemain...ThenAlong yg pujuk Adik, "Adik, jgn nangis, Dik....Doktorcuma nk check je. Bukannya nk cucuk Adik..." sambil peluk Adik. Terus diam si Adik lps Along pujuk.


Alahaiiii...kalau Mama yg ada kt situ mesti Mama cair dgn Along. Blk klinik mesti Mama reward Along something.


Alhamdulillah. Along mmg sgt2 syg An-Na'em. An-Na'em je yg selalu buli Along. Sikit2 pukul. Sikit2 babap. Kang xpasal2 gigit. Gigit berbekas sampai merah xhilang 2,3 hari tau! Kesian kt Along. Along plk xpernah bls blk. Paling2 pn Along nangis mengadu kt Mama. Mmg Mama dh pesan kt Along, kalau Adik buat apa2 jgn bls. Tp kalau An-Na'em melampau sgt, Mama bg green light je kt Along suruh bls. Tak boleh la nk bg muka sgt dkt si adik. Nnt naik tocang plk.


The Two Brothers


Alhamdulillah. Mudah2an berkekalan kasih si Abg pd Adiknya. Dan si Adik plk homat pd Abgnya. Amin!

Thursday, April 19, 2012

"NAK AMIK TA*&$#YAN"

Td ms keluar rumah nk hantar anak2 ke Taska Anak Ummi, 
An-Na'em tetiba ngamuk2, jerit2, 

"MAMA! NA'EM NAK AMIK TA+*%&$YA*?"

Mama pn mcm,
"Ape Sayang?" "Na'em nk basuh tangan?"

"TAKKKK! NA'EM NAK AMIK TA+*%&$YA*?"
(Sambil menangis)

"Sayang nk ape? Cuba ckp betul2. Mama xphm syg"
(Cuba memahami kehendak anak) 
Ya Allah kesian anakku yg pelat seorg ini!

"NA'EM NAK AMIK TA?*%&$YA*?" 
(Tangisan makin kuat) 
Kecewa mungkin. Mama xphm kehendak dia.

"Sorry Na'em. Mama xphm la syg...Na'em nk sarung tangan oren tu ke?"
Mama cuba meneka2. Mmg ada sarung tangan oren bersidai kt ampaian.

Lama betul Mama cuba pahamkan apa yg An-Na'em nak. Tekaan demi tekaan. Kereta mmg xbergerak langsung. 
Dalam pada Mama kecewa dengan diri sendiri sbb xphm kehendak anak, tetiba Along ckp,

"MAMA, ADIK NAK AMIK DARAH LA, MA~"

Terus An-Na'em berhenti menangis.

"Ya Allah~ An-Na'em nk amik darah lg ke? Sorry syg, Mama xphm adik nk apa"
"Terima kasih Along sbb bg tau Mama adik nk apa"

Ya Allah. Malunya dgn diri sendiri. Kecewa pun, ya. 
Alhamdulillah ada Along Fateh as translator. Kalau tidak sampai kesudah la rasanya Mama xdpt phm apa yg adik Na'em nk. Mama ingat Mama dh abis phm dh semua bahasa pelat An-Na'em. Rupa2nya ada lagi yg Mama xkhatam. Gambare MAMA!

An-Na'em yg gembeng
 Itu lah dia, bila seorg ibu xphm kehendak anak;
bukan sahaja si anak itu kecewa, si ibu lah org yg PALING KECEWA sebenarnya.

Wednesday, April 18, 2012

AMBIL DARAH BUDAK KECIL YG OTAI

ALHAMDULILLAH! Selesai sudah tanggungjwb Mama bwk An-Na'em ambil darah kt GH Mlka. 

Sebelum bertolak bukan main lagi An-Na'em nanyi2 sambil angkat kaki, 

"Yeay! Yeay! Amik Dayah!"

Sekali ms amik darah kemain dia meraung! Mana xnya 4 tabung kena ambil darahnya. Sian anak Mama. Ms tgh amik darah tu, tetiba ada bdk bilik sbelah mana ntah nangis lg kuat dr An-Na'em. Terdiam kejap anak Mama.

Siap je amik darah terus diam. Senyum ckp terima kasih+bubye kt nurse. Tergelak2 nurse.

Then, acara wajib if dtg pead. clinic, GH Mlka; main kt playground. Kemain An-Na'em tunjuk otai dgn bdk2 yg tgh main.

"EY KAWANT. TE.PI LA!"
"KAWANT NIIIIII...NA'EM NAK MAIN LA!"

Bila kwn2 dh ke tepi bg laluan, elok plk si kecil ni ckp,
"JOM KAWANT! IKUT NA'EM"

Hahaha! Confused Mama(@_@) Baru kejap td meraung2 kena ambil darah. Tetiba ms main xpadan kecil. Semua org dijerit, diarahkannya dgn air mata masih berbaki kt mata.

Yg bestnya, ada jgk bdk yg ikut tu. GIRLS!
Hahahaha! Senyum je Mama tgk gelagat An-Na'em.

Dah agak2 An-na'em puas main, kitorg pn blk! Hantar An-Na'em g taska. Mama plk operasi mengemas rumah. Mbah, Atunya+Ucu nk dtg ptg ni. Singgah Melaka drp Muar.

OK, mahu mengemasssss~ 

Tuesday, April 17, 2012

FOLLOW-UP...LAGI!

 Remember this entry? Mama hangin dgn GH Melaka. Kan Mama ckp kene amik darah lg and ada appointment baru. 

Di pagi yg cerah, Mama cari la borang appointment. Sekalinya, Mama terjumpa borang amik darah! Hahahahaha! Should be An-Na'em kena ambil darah LAGI on 10/4. GREAT! Mana Mama nk ingt. Kad appointment lain. Borang amik darah tu plk Mama g simpan kt tpt lain. Memang terlepas pandang!

Pg2 ckp dgn Mr.Otherhalf mcm nk ignore je segala mak nenek follow-up ni. An-Na'em pn mcm dh sihat je. Selera mkn xpyh ckp. Tinggal xminum susu botol je. Setia dgn BF. If minum susu botol, sure montel la! Ni xminum susu botol pn still naik berta bdnnya. Mr.Otherhalf ckp, "Gi je la. Bukan bayar pn" 
Iyolahhh syg!  

So, Mama pn g la Pead. Clinic GH Melaka dgn An-Na'em lps hantar Along Fateh kt Taska Anak Ummi. Haih la...malasnyaaa! Jgn dibuat darah hilang pulak sudah! Ni pn nnt mesti Mama kene marah sbb xamik darah on 10/4 minggu lps. Mana nk ingat. Haha! Lantakla. Manusia ni kan pelupa. Korang pn boleh buat silap, kan?

Sekalinyaaaa...BETULLLL! Mama kena perli dgn lady yg jd kaunter. Yg nurse ckp elok2 je. Redha je la Mama 'tadah telinga'. Nak sound blk boleh je. Tp, nnt jatuh la kredibiliti Mama. Jaga maruah suami juga maaa~ Ramai parent lain jgk kt situ. Buruk perangai kalau gaduh2 dpn org ramai.

Bila jumpa doc. pn, doc xmarah. Cumanya doc. kata kena dtg lg Isnin/Rabu utk amik darah sbb sample utk hntr ke KL boleh amik Isnin/Rabu je. So, Mama decide amik darah esok je. Senang settle semua cepat2. Next appointment will be on 10/7/2012. Kali ni xde kene amik drah b4 appointment (^V^)

Owh..An-Na'em berjaya menghiburkan doc. Siap doc. bilik sebelah pn tumpang gelak dgn gelagat An-Na'em. Boleh x An-Na'em dgn slumber nya mntk doc. sumi jelly atas meja? 
"DOK.TA. NAK. SHUMI. LAGI~" Sambil tunjuk balang sumi. Alhamdulillah An-Na'em nk dgr pujukan Mama. Kalau xkena dgn mood, mau si kecil ni mengamuk sbb xdpt sumi extra. Doc. siap suruh An-Na'em nyanyi lagu "Lompat Si Katak Lompat" version An-Na'em 2,3x lagi. Suka doc. bual2 dgn An-Na'em. Wahwah~ Bangga Mama! 

Alhamdulillah, doc. pn pandai ambil hati An-Na'em. Kalau x, nampak org pakai kot putih je dh meraung, phobia.

Seperti biasa, main dkt playground adalah wajib sebelum blk. So, Bg An-Na'em main puas2, then blk hantar An-Na'em g taska.

Esok dtg lg GH amik darah~

Sunday, April 15, 2012

"SHEMUAAA TIDO AWAL"

It was 12.15am. An-Na'em br terjaga. Mama dgn Mr.Otherhalf dh lepak. (Mr.Otherhalf blk kursus, pkl 6:30pm smpai rumah, tidur kejap, bgn Maghrib, siap2, 8:20pm terus blk Kajang) Masing2 dh dlm kelambu, kepenatan. Konon2 nk golek2 dgn An-Na'em + Along, biar An-Na'em tertidur blk. Along 1 hari xtidur. Mmg kejap je la tidurnya.

Tgh usaha nk tidurkan An-Na'em blk, tetiba si kecil tu keluar kelambu sambil ckp, 
"MAMA DAH TIDO. AYAH DAH TIDO. ATUNYA DAH TIDO. 
SHEEEEEEEMUA TIDO AWAL"

Awal? IT WAS 12:15am, OK?!!

Fengshan jgk la Mama melayan An-Na'em sampai nk dkt pkl 2am Al-maklumlah, si kecil tu baru bgn tidur ms kitorg sampai Kajang. So, An-Na'em still fresh. Melukis la. Main motor la. Main Angry Birds la. Mama plk gagahkan diri lyn An-Na'em sbb mmg RINNNDDUUUUUU sgt2 dh seminggu tinggalkan diorg kt Kajang. 

Alhamdulillah. Ada rezeki Mama gomol2 anak2 lg. Semoga diberkati hidup kami sekeluarga. Amin!