Sunday, August 26, 2012

LAGU ALONG

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA

Saja nk jot down cerita2 anak2. Bila baca blk mesti tergelak sorg2.

Ni lagu Spiderman n lagu raya version Along.

"SPIDERMAN! SPIDERMAN! WHAT SO EVER SPIDERMAN!"

"Berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa. Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira. ANAK MUDA KELIARAN....."

HAHAHAHAHA! COMEL BUKAN?

Soooo proud of u, son!


Friday, June 22, 2012

"TAK PE...ALLAH KAN ADE"

@ Pasoh. Along nk berkejar2 tak tahan nak buang air kecil. Tp nk masuk toilet gelap. Mr.Otherhalf nk tlg tgkkan Along. Ms Along buka seluar, Along ckp kt Mr.Otherhalf,


"Eh...xpe2 Ayah. Along boleh pergi sendiri. ALLAH KAN ADE..."


Mama 'kandou'. Alhamdulillah!

Friday, April 20, 2012

KISAH KASIH ABANG II

Lama betul Mama xbercerita psl kasih sayang Along Fateh dgn An-Na'em. Ni kira ala-ala sambungan utk this entry la. Jangan salah faham Mama nk menunjuk2 plk, ye? Mama tulis buat kenangan Mama. Seronok sgt2 bila baca blk cerita2 lama.


Kisah Kasih Abang 1
Mama bila sidai kain kt luar mmg ajak anak2 main2 kt luar. Ada one day ni Mama keluar sidai kain dulu, Along panggil An-Na'em ajak main kt luar. Bila Along buka pintu+ grill, Along terus pakai kasut Along. Along keluar cepat2, Along ambilkan kasut An-Na'em yg agak jauh dr pintu.

An-Na'em : Nak shi.pa Na'em!!!!! *jerit kt Along*
Mama : Adik jgn jerit kt Along.Kan Along nk tlg dekatkan selipar dkt Adik tu.
Along : Nah Adik~ *hulur selipar Adik*
An-Na'em : Ti.ma kashiii Alon Fateh~ *terus pakai selipar sndr*
Mama : Laaa..terpaleng (read : terbalik) tu An-Na'em.
Mama : Along tlg betulkan selipar Adik, sayang.
An-Na'em : Alon Fatehhhhh!!!! Jgn amik shi.pa Na'emmmmm!!!! *marah Along*
Along : Bukan, Dik~ Along nk betulkan ni. 
Along : Adik pakai selipar terpaleng ni *tak peduli kena jerit, terus betulkan selipar An-Na'em*
Along : Haaaa~ Baru la betul, Dik~
An-Na'em : Ti.ma kashiii Alon~ *berlari2 keliling porch* 
Mama : Terima kasih byk Along sbb sabar dgn Adik.
Mama : Saaa~yang Along!
An-Na'em : Shaaaa~yant Alon Fateh!

Bangga betul Mama! Along mmg anak yg pandai jg Adik. Senyum bangga sampai ke telinga, Mama!

Semoga berkekalan kasih syg antara anakanda berdua, Amin!

Kisah Kasih Abang 2
Ada one morning, Mr.Otherhalf keluar g cari sarapan kt rumah pakcik Zakaria sbb Mama teringin nk mkn kuih. Baliknya Mr.Otherhalf beli sosej goreng 2 cucuk utk anak2. Tergelak Mama sbbnya sosej ada je dlm peti ais. Rupa2nya, Mr.Otherhalf ckp student yg letak sosej kt pakcik Zakaria. Sokka~ TQ Mr.Otherhalf for your concern(^^) Eh? Melalut cerita lain plk! Tp, cerita ni ada kena mengena dgn sosej yg dibeli tu. OK, sosej kan ada 2 cucuk, Mama bg Along 1, An-Na'em 1. Skalinya An-Na'em xnak mkn. So, Mama bg la Along mkn. Tgh Along sedap mkn tu, tetiba An-Na'm dtg dkt Along mntk sosej.

An-Na'em : Alon, nak~
Along : Nah *bg sikit kt Adik*
An-Na'em : Alon, nk lg~ 
Along : Nah *bg lg dkt Adik*

It happened berulang kali. Sampai dh last suap, Along masuk sosej dlm mulut. Tetiba An-Na'em dtg dkt Along. Pandang je Along. Diam, xckp apa. Tgk Along kunyah. 

Along : Nah, Dik~ Sorry Along dh kunyah sikit *keluarkan sosej dr dlm mulut, suap Adik*

Ya Allah! Terharunya Mama~ Mama xde suruh pn Along buat mcm tu. And yet, he knew that the little one still wants the sausage. Alhamdulillah, Ya Allah!

Kisah Kasih Abang 3.
Kisah ni Ucu cerita kt Mama ms anak2 tinggal seminggu kt Kjg. An-Na'em batuk teruk ms tu. Wak Ngah dgn Mak Ngah dgn Ucu tlg bwkkan g klinik utk amik ubat. Mcm biasa, si kecil ni kan OTAI, xpasal2 dimarahnya ada chinese girl ni.Then, Along dtg dkt girl tu and he said sorry on behalf of the little OTAI brother. Menurut kata Ucu, xde sape pn suruh Along mntk maaf. Along pandai sndr jd 'buffer'. 


Sweet, bukan?

Topi kertas buatan Mama;p




Kisah Kasih Abang 4.
Kisah berlaku pd hari yg sama, di klinik yg sama. An-Na'em ni kan ala2 phobia jumpa doc.Nampak je doc. nk check guna stethoscope lajuuuuuuuu je An-Na'em menjerit menangis. Haha! Td OTAI kemain...ThenAlong yg pujuk Adik, "Adik, jgn nangis, Dik....Doktorcuma nk check je. Bukannya nk cucuk Adik..." sambil peluk Adik. Terus diam si Adik lps Along pujuk.


Alahaiiii...kalau Mama yg ada kt situ mesti Mama cair dgn Along. Blk klinik mesti Mama reward Along something.


Alhamdulillah. Along mmg sgt2 syg An-Na'em. An-Na'em je yg selalu buli Along. Sikit2 pukul. Sikit2 babap. Kang xpasal2 gigit. Gigit berbekas sampai merah xhilang 2,3 hari tau! Kesian kt Along. Along plk xpernah bls blk. Paling2 pn Along nangis mengadu kt Mama. Mmg Mama dh pesan kt Along, kalau Adik buat apa2 jgn bls. Tp kalau An-Na'em melampau sgt, Mama bg green light je kt Along suruh bls. Tak boleh la nk bg muka sgt dkt si adik. Nnt naik tocang plk.


The Two Brothers


Alhamdulillah. Mudah2an berkekalan kasih si Abg pd Adiknya. Dan si Adik plk homat pd Abgnya. Amin!

Thursday, April 19, 2012

"NAK AMIK TA*&$#YAN"

Td ms keluar rumah nk hantar anak2 ke Taska Anak Ummi, 
An-Na'em tetiba ngamuk2, jerit2, 

"MAMA! NA'EM NAK AMIK TA+*%&$YA*?"

Mama pn mcm,
"Ape Sayang?" "Na'em nk basuh tangan?"

"TAKKKK! NA'EM NAK AMIK TA+*%&$YA*?"
(Sambil menangis)

"Sayang nk ape? Cuba ckp betul2. Mama xphm syg"
(Cuba memahami kehendak anak) 
Ya Allah kesian anakku yg pelat seorg ini!

"NA'EM NAK AMIK TA?*%&$YA*?" 
(Tangisan makin kuat) 
Kecewa mungkin. Mama xphm kehendak dia.

"Sorry Na'em. Mama xphm la syg...Na'em nk sarung tangan oren tu ke?"
Mama cuba meneka2. Mmg ada sarung tangan oren bersidai kt ampaian.

Lama betul Mama cuba pahamkan apa yg An-Na'em nak. Tekaan demi tekaan. Kereta mmg xbergerak langsung. 
Dalam pada Mama kecewa dengan diri sendiri sbb xphm kehendak anak, tetiba Along ckp,

"MAMA, ADIK NAK AMIK DARAH LA, MA~"

Terus An-Na'em berhenti menangis.

"Ya Allah~ An-Na'em nk amik darah lg ke? Sorry syg, Mama xphm adik nk apa"
"Terima kasih Along sbb bg tau Mama adik nk apa"

Ya Allah. Malunya dgn diri sendiri. Kecewa pun, ya. 
Alhamdulillah ada Along Fateh as translator. Kalau tidak sampai kesudah la rasanya Mama xdpt phm apa yg adik Na'em nk. Mama ingat Mama dh abis phm dh semua bahasa pelat An-Na'em. Rupa2nya ada lagi yg Mama xkhatam. Gambare MAMA!

An-Na'em yg gembeng
 Itu lah dia, bila seorg ibu xphm kehendak anak;
bukan sahaja si anak itu kecewa, si ibu lah org yg PALING KECEWA sebenarnya.

Wednesday, April 18, 2012

AMBIL DARAH BUDAK KECIL YG OTAI

ALHAMDULILLAH! Selesai sudah tanggungjwb Mama bwk An-Na'em ambil darah kt GH Mlka. 

Sebelum bertolak bukan main lagi An-Na'em nanyi2 sambil angkat kaki, 

"Yeay! Yeay! Amik Dayah!"

Sekali ms amik darah kemain dia meraung! Mana xnya 4 tabung kena ambil darahnya. Sian anak Mama. Ms tgh amik darah tu, tetiba ada bdk bilik sbelah mana ntah nangis lg kuat dr An-Na'em. Terdiam kejap anak Mama.

Siap je amik darah terus diam. Senyum ckp terima kasih+bubye kt nurse. Tergelak2 nurse.

Then, acara wajib if dtg pead. clinic, GH Mlka; main kt playground. Kemain An-Na'em tunjuk otai dgn bdk2 yg tgh main.

"EY KAWANT. TE.PI LA!"
"KAWANT NIIIIII...NA'EM NAK MAIN LA!"

Bila kwn2 dh ke tepi bg laluan, elok plk si kecil ni ckp,
"JOM KAWANT! IKUT NA'EM"

Hahaha! Confused Mama(@_@) Baru kejap td meraung2 kena ambil darah. Tetiba ms main xpadan kecil. Semua org dijerit, diarahkannya dgn air mata masih berbaki kt mata.

Yg bestnya, ada jgk bdk yg ikut tu. GIRLS!
Hahahaha! Senyum je Mama tgk gelagat An-Na'em.

Dah agak2 An-na'em puas main, kitorg pn blk! Hantar An-Na'em g taska. Mama plk operasi mengemas rumah. Mbah, Atunya+Ucu nk dtg ptg ni. Singgah Melaka drp Muar.

OK, mahu mengemasssss~ 

Tuesday, April 17, 2012

FOLLOW-UP...LAGI!

 Remember this entry? Mama hangin dgn GH Melaka. Kan Mama ckp kene amik darah lg and ada appointment baru. 

Di pagi yg cerah, Mama cari la borang appointment. Sekalinya, Mama terjumpa borang amik darah! Hahahahaha! Should be An-Na'em kena ambil darah LAGI on 10/4. GREAT! Mana Mama nk ingt. Kad appointment lain. Borang amik darah tu plk Mama g simpan kt tpt lain. Memang terlepas pandang!

Pg2 ckp dgn Mr.Otherhalf mcm nk ignore je segala mak nenek follow-up ni. An-Na'em pn mcm dh sihat je. Selera mkn xpyh ckp. Tinggal xminum susu botol je. Setia dgn BF. If minum susu botol, sure montel la! Ni xminum susu botol pn still naik berta bdnnya. Mr.Otherhalf ckp, "Gi je la. Bukan bayar pn" 
Iyolahhh syg!  

So, Mama pn g la Pead. Clinic GH Melaka dgn An-Na'em lps hantar Along Fateh kt Taska Anak Ummi. Haih la...malasnyaaa! Jgn dibuat darah hilang pulak sudah! Ni pn nnt mesti Mama kene marah sbb xamik darah on 10/4 minggu lps. Mana nk ingat. Haha! Lantakla. Manusia ni kan pelupa. Korang pn boleh buat silap, kan?

Sekalinyaaaa...BETULLLL! Mama kena perli dgn lady yg jd kaunter. Yg nurse ckp elok2 je. Redha je la Mama 'tadah telinga'. Nak sound blk boleh je. Tp, nnt jatuh la kredibiliti Mama. Jaga maruah suami juga maaa~ Ramai parent lain jgk kt situ. Buruk perangai kalau gaduh2 dpn org ramai.

Bila jumpa doc. pn, doc xmarah. Cumanya doc. kata kena dtg lg Isnin/Rabu utk amik darah sbb sample utk hntr ke KL boleh amik Isnin/Rabu je. So, Mama decide amik darah esok je. Senang settle semua cepat2. Next appointment will be on 10/7/2012. Kali ni xde kene amik drah b4 appointment (^V^)

Owh..An-Na'em berjaya menghiburkan doc. Siap doc. bilik sebelah pn tumpang gelak dgn gelagat An-Na'em. Boleh x An-Na'em dgn slumber nya mntk doc. sumi jelly atas meja? 
"DOK.TA. NAK. SHUMI. LAGI~" Sambil tunjuk balang sumi. Alhamdulillah An-Na'em nk dgr pujukan Mama. Kalau xkena dgn mood, mau si kecil ni mengamuk sbb xdpt sumi extra. Doc. siap suruh An-Na'em nyanyi lagu "Lompat Si Katak Lompat" version An-Na'em 2,3x lagi. Suka doc. bual2 dgn An-Na'em. Wahwah~ Bangga Mama! 

Alhamdulillah, doc. pn pandai ambil hati An-Na'em. Kalau x, nampak org pakai kot putih je dh meraung, phobia.

Seperti biasa, main dkt playground adalah wajib sebelum blk. So, Bg An-Na'em main puas2, then blk hantar An-Na'em g taska.

Esok dtg lg GH amik darah~

Sunday, April 15, 2012

"SHEMUAAA TIDO AWAL"

It was 12.15am. An-Na'em br terjaga. Mama dgn Mr.Otherhalf dh lepak. (Mr.Otherhalf blk kursus, pkl 6:30pm smpai rumah, tidur kejap, bgn Maghrib, siap2, 8:20pm terus blk Kajang) Masing2 dh dlm kelambu, kepenatan. Konon2 nk golek2 dgn An-Na'em + Along, biar An-Na'em tertidur blk. Along 1 hari xtidur. Mmg kejap je la tidurnya.

Tgh usaha nk tidurkan An-Na'em blk, tetiba si kecil tu keluar kelambu sambil ckp, 
"MAMA DAH TIDO. AYAH DAH TIDO. ATUNYA DAH TIDO. 
SHEEEEEEEMUA TIDO AWAL"

Awal? IT WAS 12:15am, OK?!!

Fengshan jgk la Mama melayan An-Na'em sampai nk dkt pkl 2am Al-maklumlah, si kecil tu baru bgn tidur ms kitorg sampai Kajang. So, An-Na'em still fresh. Melukis la. Main motor la. Main Angry Birds la. Mama plk gagahkan diri lyn An-Na'em sbb mmg RINNNDDUUUUUU sgt2 dh seminggu tinggalkan diorg kt Kajang. 

Alhamdulillah. Ada rezeki Mama gomol2 anak2 lg. Semoga diberkati hidup kami sekeluarga. Amin!

Thursday, March 22, 2012

JAHIT MANIK

Assalamualaikum semua.

Masa kenduri kawin Wak Ngah hari tu, Mama ada jahitkan manik utk lengan baju Mbah. Atas perintah Mama Younch. Hahahaha! 

OK, Mama tak pernah belajar mana2 pun. Mcm biasa, belek2 images kt Google, beli manik, jahit!

So, jadi lah mcm ni

Comot, kusut masai, kan?
Kenapa tak hantar jahit kt org? Baju tu pun siap dh last minute nyah! Mane ada org nk buatkan. Jadinya org yg KENE buat Mama lah! 2 minggu lg nk kenduri bg kt Mama. Mama plk dgn baju anak2 pn siap jahit lg. Haih...COBAAN betul! 

OK la kot utk seorg amatur.

Actually Mbah xmo manik2, bling2. Malu katenya. Tp, Mama Younch insist gak. Iye lah...MAK PENGANTIN, kan? Mesti la nk kasi vavavoom jgk (^v^)

Wahwah...makan masa jgk nk jahit manik ni, ye? Al-maklumlah, org amatur. Dengan anak2 lagi, rumah lagi, nk uruskan sirih junjung lagi.  Ngak ada masa, bu! Harus dicuri2 masanya. Nak dijadikan cerita, baju ni sampai dlm kereta nk jln2 mana2 pn Mama bwk utk jahit tau. 

Close up!
Apa2 pn, Mama rs sgt2 berbaloi bila Mbah senyum suka tgk bajunya dh CANTIK! Owhhh...Mbah Uti yg merupakan cikgu jahit manik kt Parit Raja juga telah memuji hasil kerja tangan Mama yg comot itu. 
Makcik2 lain pn puji jgk. Hahaha! Puji amik hati kot?

OK lah. Lain kali ada peluang nk jahitkan lagi utk Mbah. Masa Ucu kawin nnt ke? Ehhh?!!! Duit upah hajit manik ni xtuntut lagi la dr Mama Younch! Harharharrrr.....

Sekian.

Tuesday, March 20, 2012

RM 22.50....LAGI?

OK, Mama ditugaskan utk gubah mas kahwin lagi.
Kali ni Mama guna RM10 x 2helai, RM1 x 2helai dgn 10sen x 5 kpg.

Makanya, jadi lah seperti
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
INI!

Mula buat pukul 9am. 
Tp, biasa lah org ada anak kecil, kejap2 suap anak2, kejap2 An-Na'em nk BF, kejap2 Along dtg menangis sbb gaduh dgn Le' Boboi, kejap2 An-Na'em dtg nk manja2 dgn Mama.
Haih...byk sgt 'pause' nya. Tak boleh nk concentrate.
Sudahnya org nk tahlil+doa selamat pukul 12pm, Mama dah panic2.

Mbah plk tetiba mntk nk buat semua RM22.50 guna duit syiling sbb katanya cantik plk Mama buat guna duit syiling. 
Permintaan dibuat pd pkl 10am, org nk nikah pkl 2pm. Nk bertolak ke rumah pengantin perempuan pkl 1pm. 

Bukan Mama xboleh buat, tp anak2 dh crancky, Mr.Otherhalf pn kt Mlka ada class, xboleh nk tgkkan anak2. Owh...kebetulan dawai halus dh abis. So, terselamatlah Mama drp kena re-do the gubahan mas kahwin. Tak pe, next time, OK?

Bila digandingkan dgn wang pos hantaran.

Sorry la gambar xclear. Gambar kt atas ni Mama snap sndr betul2 dpn pengantin perempuan+keluarga ms pengantin sibuk snap2 gambar after selesai nikah. Tak malu, kan? Siap adjust2 duit tu sndr bagai. Haha! Semuanya gara2 terlupa nk snap gambar lps Mama siap gubah kt rumah Mak Ata. So, xdpt la nk snap angle yg cantik dgn duit 10sen x 5kpg yg Mbah berkenan sgt2 tu.

Daaaa~

Saturday, March 17, 2012

"MAMA, ALONG NAK BELI AYAM..."

Assalamualaikum semua.

Pagi td, ms semua org (catering, roti canai, org kampung, pecel, kuew teow) baru bersiap2 nk punggah brg2 masak masing2, org ayam goleh dh siap bakar dh. Bau dia...mak aiii..SEDAP!


Perjalanan 89 langkah Along ke rumah Mbah Ata dr rumah Mbah Uti

Pagi2 Mama bawa Along keluar jln2 dr rumah Mbah Uti (adik Mbah Along, Makcik Mama) ke rumah Mbah Ata. (adik Mbah Along, pakcik Mama)  Ala...dlm 89 langkah Along je jarak rumah nya. Kalau Mama 44.5 langkah je dh boleh sampai. Sempatlah kitorg tgk semua org sibuk2 itu ini. 

Masa lalu kt ayam golek, Along berenti. Along tgkkkkkkk je ayam golek tu. Lps tu Mama ckp nk g rumah Mbah Ata dulu. Sebenarnya Mama nk cari mknan utk Along. Maklumlah, rumah dkt2. Mknan xde kt rumah Mbah Uti, g rumah Mbah Ata. Tak de kt rumah Mbah Ata, g rumah arwah Mbah (Mbah Mama, Buyut/Moyang Along) Adik-beradik duduk dkt2 ni senang, kan? 

Owhhh..berbalik kpd cerita ayam golek td. Along sebenarnya xnk berganjak dr situ. Mama pujuk2, dpt la gerak ke rumah Mbah Ata. Unfortunately, mknan nya tak ada sbb mmg tunggu org roti canai dtg. Makanya, berpatah blk la kami ke rumah Mbah Uti. Lalu lg dkt ayam golek. Along STOP lg kt situ sambil ckp kt Mama, "Mama, Along nk beli ayam golek". Comel je..Along ingat mcm cerita Upin Ipin yg main jual ayam tu 2 seringgit tu. Kebetulan Mbah dgn Atunya ada kt situ tgh tgk ayam golek sambil2 interview owner ayam golek tu.


Mbah yg dgr Along mntk ayam golek kt Mama terus orderkan ayam golek untuk Along. Atunya g ambil pinggan kt rumah Mbah Uti. Pakcik tu terus potong2 ayam golek, masuk dlm pinggan. So, kitorg ke rumah Mbah Uti utk "aqiqah" ayam golek beramai2. Al-maklumlah..semua org tgh kelaparan.


Ayam golek 2 seringgit


Masa Atunya tgh bawa ayam dlm pinggan ke rumah Mbah Uti, Along ckp kt Mama, "Eh Mama! Kenapa ayam tu xmasuk dlm plastik?" Hahahaha! Comel je. Along ingat Mama betul2 beli ayam golek tu. Lps tu Mama pn explain la yg org tu bkn jual ayam golek. Dia buat ayam golek tu utk kenduri. 

Alhamdulillah. Kenyang kitorg mkn ayam golek+mknan lain. Meriah betul kenduri.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tuesday, March 13, 2012

CITA-CITA

Assalamualaikum.
Mama bersiaran dr Kg. Parit Sumarto, Parit Raja.


Pagi td Mama rewang buat 'berkat' (read : goodies) kt blakang rumah Mak Ata. Along Fateh dgn Cik Bila pn tlg Mama. Rajin betul anak2 kecil tu.Senang kerja Mama.

Sambil2 rewang tu, kitorg borak2 la. Then Cik Bila tanya Along;

Cik Bila : Fateh, Fateh bila besar nnt nk jd ape?
Along : Kita nk main bola (read : soccer player)
Cik Bila : Oowwhh..
Mama : Cik Bila plk nk jd ape bila besar nnt?
Cik Bila : Saya nk jd berniaga mcm Abg Ngah (Abg Mama). 
Cik Bila : Saya nk byk duit, nnt nk beli rumah besar.

Wah...wah...Wak Ngah jd sumber inspirasi lah! B.A.N.G.G.A, OK Mama sebagai adik Wak Ngah(^^)


Nway, Along Fateh mmg nk jd pemain bola. Mama pn xingat, itu mmg cita2 Along sendiri, atau Mr.Otherhalf yg doktrin sejak Along 4bulan dgn Winning Eleven PS dulu. Yes, Mr.Otherhalf suka main Winning Eleven sambil jg Along dr dulu sampai sekarang.


"Fateh nnt jd pemain bola beriman ye?" -Gifu Taikai 2008-


Sebenarnya Mama suka cara Japanese membesarkan anak2 diorg. Mak2+Ayah2 anak2 Jepun ni bila dia tahu je anak dia minat apa, terus dia bg sokongan. Bila anak2 suka main bola, dibelikan bola. Bila tahu anak2 dia nk buka kedai roti, dibelikan mainan masak2. BEST, kan? Baru lah anak2 bersemangat berkobar2 nk kejar cita2 dia.


Owh..Prof. Dr. Muhaya pn ckp something like this, "Anak2 ni kita kena bg sokongan utk capai cita2 dia wlpn anak tu kecil lg. Contohnya; kalau cita2 dia nk jd doktor, panggil dia Dr. XXX. Secara xlangsung dia akan control macho utk capai cita2 dia. Dia akan rajin mkn sayur, sbb doktor kena sihat nk check org sakit. Dia akan rajin belajar. Tak pyh kita suruh2 lg."


So, Mama sekarang panggil Along 'Player bola Malaysia yg beriman'. Selalu jgk Mama ckp kt Along, jd pemain Malaysia pertama main kt club2 besar oversea. Siap berangan2 sama2 dgn Along, nnt Mama jd penyokong kt stadium dok bilik VIP tgk Along main bola. Hahaha! Mama yg over, OK?


Tp, teknik Prof. Muhaya tu mmg menjadi la. Bila Mama suap Along sambil ckp2 psl cita2 Along, CONFIRM Along mkn lebih dr biasa. Alhamdulillah. Lps2 ni Mommies out there boleh la cuba, ye?


Pemain bola beriman nk tidur kt lap Mama lps mkn byk kt Restoran Jentayu


OK. Till next time~ Daaaa~

Wednesday, March 7, 2012

CACING

Ini bukan cerita anak2 kecacingan. Ini adalah kisah sweetness Si Along Fateh. Both sories happpened last month.

Kisah Cacing 1.
Along baru lps poopoo. Mama mmg cebukkan Along everytime lps poopoo. Kalau peepee mmg Along settle sndr je. Bukan ape, mmg Mama dh ajar, tp didapati tak bersih punggungnya. So, Mama tangguhkan dulu. Biarlah Mama je yg cebukkan Along. That day, Along seperti biasa panggil Mama after Along selesai his bussiness.

Along : Mama~ Mama~
Along : Mama..Along dh sudah ni....
Mama : Ye, Sayang~ Mama dtg ni..
Along : Mama, Along dh siram dh cacing tu (he was holding the gayung)
Along : Mama, cacing dh xde dh.
Along : Td Along dh siramkan dh.
Along : Mama jgn takut tau! Cacing dh xde.
Mama : Ye ke Along? *takut2 nk masuk toilet*
Mama : TQ Sayang. Buangkan cacing utk Mama.
Mama : Berani la anak bujang Mama ni.
Along : MEMANG! ALONG BERAAANI MCM AYAH!

Kisah Cacing 2.
Ada one day after blk from kenduri Wak Ngah (ms tu lama tinggalkan rumah), depan pintu toilet baaaaanyak sgt2 telur ulat sampah. Tak tau telur ulat sampah mcm mane? Sile tanya Hj. G*oogle. Mama pn xtau mcm mana boleh ada byk mcm tu. Sedangkan before tinggalkan rumah mmg dh cuci toilet, buang sampah bagai. Mungkin dtg from telur masin yg pecah, Mama letak dlm plastik sangkut kt kerusi. Sebabnya keliling kerusi pn banyak jgk. Kelam kabut ms tu nk g Muar sampai terlupa nk simpan kt dlm peti ais. 

As usual kisahnya bermula bila Mama sedar byk telur ulat sampah kt keliling kerusi. Bulu roma dh meremang sbb takut geli. Mama pn mula la check seluruh rumah. Mmg byk bersepah2. Rs nk nangis je sbb ketakutan kegelian.Nk berdiri atas kerusi selama2nya sampai Mr.Otherhalf sapu satu rumah.Tp, ms tu kebetulan Along pulak lps poopoo dok panggil2 Mama dlm toilet.

Along : Mama~ Oooo Mama~
Along : Along dh sudah ni.
Mama : Along..tunggu Ayah kejap. 
Mama : Mama takut byk telur ulat sampah kt dpn pintu toilet tu.
Along : Mama~ Along dh siramkan dah~
Along : Dh tinggal sikit2 je ni~
Mama : Ye ke, Sayang? (gagahkan diri g cebok Along sbb Mr.Othehalf gagah sapu 1 rumah)
Along : Kalau tinggal lg 10 Mama takut lg?
Along : Kejap Along siramkan semua (gagah Along siram 1 bilik air)
Mama : Terima kasih, Sayang~
Mama : Terima kasih byk2!
Along : Haaa!!! Sekarang Mama dh tak takut, kan?
Mama : Hihihi...Sayang Along!

SO SWEEEEET anak bujangku seorang itu, kan? 

Yup! Mama mmg takut cacing, pacat, lintah, ulat gonggok, ulat sampah, semua binatang yg seangkatan yg xde kaki. Boleh histeria tau kalau nampak! Mr.Otherhalf selalu marah. Katenye, "Binatang tu kecil je. Ayang pijak je dh boleh mati" 

Yg toilet kitorg ni pn...Sikit2 ade cacing. Dtg dr bwh tanah. Maybe ade lubang2 in between tiles yg tak disimen betul2. Tp, Alhamdulillah skang dh xde. Berkat Mama simbah LISTERIN kt cacing setiap kali Mama jumpa. HAHAHA! *gelak puas hati* Kejam x? Mati kejung cacing2 tu. 

Mama berani sikit dh. Kalau tak dulu asal jumpa cacing kt toilet je histeria, lps tu xguna toilet tu 2,3 hari. Nk g toilet, sanggup nak rumah atas punya. Berkat doktrine Mr.Otherhalf, "Ayang lg besar dr cacing tu. Ayang pijak je dia mati". Maka, dptlah Mama overcome my fear. Owh...not as simple as that tau! Mental nk kena BETUL2 KUAT! Tp, itu utk cacing je la. Ulat sampah belum lg. Maybe xboleh overcome sbb ulat sampah menggeletik2. Sekali dia lompat atas kaki Mama...mau Mama amik pisau potong kaki Mama. Ish...Nauzubillahhiminzalik! 

OK, Darls! Mahu buat sarapan sama bentou utk Mr.Otherhalf! 

Tuesday, March 6, 2012

RM22.50

RM 22.50

Apakah itu? Itulah MAS KAHWIN negeri Johor.

Selangor dulu RM 80 je. Sekarang dh revise jd RM300. Bagus! 

Johor RM 22.50. Dari dulu sampai sekarang. 
Haih...
Ape la sgt RM22.50 tu? Beli beras 10kg sekali dh abis. 
Sedangkan MAS KAHWIN itu HAK ISTERI.

Owh..actually Mama nk share MAS KAHWIN RM22.50 Mama gubah utk kawin Wak Ngah bln lps.
.
.
.
.
.

.
.
.
TADAAAAA!!!!!
Aku terima nikahnya....dgn mas kahwin RM22.50..SAH!

Konon2 nk buat bunga ros guna RM1. Tapi Ucu yg incharge hantaran Wak Ngah ckp nk bunga kaler merah je. Makanya, xde la bunga ros. Nak buat ros 4 kelopak sahaja, kah? MURI DESU!

So, jadi lah rama-rama ni. Mama guna 2 keping note RM 10 dgn  5 keping syiling 50sen. Siap dlm masa 1/2jam pg Jumaat Wak Ngah nk nikah tu...hehe..



p/s: Mas kahwin Mama RM80 Mama still simpan. Mr. Otherhalf bg dlm envelope je. Tp Mama SAYANGGGG SGT!

Saturday, March 3, 2012

WINDMILL, Bukit Beruang

Hey...hey...hey...
Bersiaran lg kita dlm rancangan jalan2 cari mkn di Melaka.
Hahaha! *Ye la sgt jln2 cari mkn. Asik2 dok pi kedai hat sama ja~*

Ye la..dh org bg coupon promotion, kan? 
Makanya, marilah mari...kita me-redeem... 
Chop! Chop! Redeem kt mana?
Dekat WINDMILL 


Otoku, kan?

Sebelum bertolak tu Mama dh suap anak2 nasi dah. Mr.Otherhalf pn dh mkn roti gula cicah Milo'O' super sedap Mama buat. Jadinya yg masih kelaparan adalah Mama. Pkl 11.30pg lps siap2, kitorg terus bertolak dgn riang ria!

Sampai sana Alhamdulillah xramai org. Ye la.. baru pkl 11.45pg. Semua org baru bincang2 nk mkn kt mana kot?
Berdesup Mama lari pilih meja ke-2 dpn dr kaunter. Haaa...tula yg korang xtau...meja ni je yg xkene aircond direct. Meja lain SEMUAAA kena. Sejuk wooo. Tak psl2 tgh sedap2 mkn meleleh plk hingus sbb kesejukan. Makanan pn cepat je sejuk kalau dok meja lain. Berguna x tip Mama bg ni?

An-Na'em happy dpt keluar jln2!
 Macam biasa kitorg order juice buah giant glass, NO ICE! Kongsi 4 org. Baru lah sehati sejiwa namanya. 

Mr.Otherhalf main 'Ooo..som!' dgn Along sementara tunggu mknan sampai.
 Alhamdulillah, An-Na'em mkn bykkkkkk eventhough dh mkn kt rumah td. Tak berenti An-Na'em kunyah. Lamb pn Mama suapkan.

Bapa mithali
 Owhh...Mknan sampai je, Mama terus menghadap xtoleh kiri kanan. Sekali sekala je angkat kepala suapkan An-Na'em dgn Mr.Otherhalf. Al-maklumlah, Mr.Otherhalf dh tlg jgkan An-Na'em.
Mr.Otherhalf pn tau Mama kelaparan.  

Air jus tembikai yg sgt sedap! 
 Nasi goreng Mr.Otherhalf agak lambat sikit sampai. 
Mama dh sudah mkn pn xsampai2 lg. 
Sementara tu mmg Mr.Otherhalf la yg lyn anak2.

An-Na'em yg suka suap org
Bila mknan dh sampai, giliran Mama plk lah yg tgk kan anak2.

Malu2 kucing plk Abg ni!
Chicken and lamb dia mmg sgt sedap! Recommended.
TWS Chicken wing tu pn sedap!
Chicken bites so-so la. *Sedap lg ayam gunting pasar mlm semenyih hari Sabtu sebelah La-la-la Ice-blended*
Nasi goreng ada nenas tu pn so-so. *Nasi goreng kampung Windmill yg kitorg mkn lps Mr.Otherhalf baik denggi ari tu lg sedap*

ALHAMDULILLAH! 
Allah bg rezeki lebih, boleh mkn sedap2.
Allah bg kesihatan, ada selera nk mkn.
Allah bg family, ada peluang rs disygi dan menyayangi.

ALHAMDULILLAH! 
Thank you, Ya Rabb!

p/s : Mama bg review psl mknan tu utk rujukan Mama sndr next time. 

Friday, February 24, 2012

FOLLOW-UP

Mlm smlm dh la xboleh tidur sgt. Pagi2 dh terjaga, terus siap2. Pkl 9am nk kene bertolak g hospital. An-Na'em xmandi pn lg Mama terus angkat masuk kereta. Baju, pampers, towel...semua keperluan incase An-Na'em poopoo kt hospital Mama dh sediakan. Appointment pkl 9:30am.  

Sampai hospital mcm biasa org ramai. Timbang berat. Dah agak! Berat An-Na'em xnaik. Infact, xpyh timbang pn Mama tau An-Na'em dh susut. Ringan je bila dukung An-Na'em. Dlm hati Mama, "Ni sah2 nnt kene refer kt dietitian jgk ni" Padahal An-Na'em susut sbb diarrhea. Lantak la labuuu...

Anak Mama yg dh susut~

Sementara tunggu no. giliran, bwk An-Na'em main2 kt playground kt luar Pead. Clinic. Hamboihhh! Kemain suka dia dpt main. Sambil menyanyi2 cuba setiap satu mainan.

Happy dpt main slide!
Sampai giliran, masuk bilik doc. Sakitnya hati Mama bila doc. ckp, 
"Darah yg ambil hari tu leak. Kita xboleh guna So, kena ambil lain"

Ikutkan hati Mama, nk je Mama meletop kt situ! Serious STRESSED! Pihak hospital yg buat salah, lps tu xinform awal2. Kene la plk Mama dtg lain kali , AMIK LG DARAH AN-NA'EM!
Tak boleh ke inform awal2, sblm appointment ni la, amik darah siap2. Tak payah la nk set appointment lain plk. And YES! An-Na'em kena refer kt dietitian. 

Suka An-Na'em nk naik ostrich~

So, hari Rabu 29/2 ni plk nk kene dtg lg amik darah. Set appointment lain utk bgtau result darah on 17/4. Haih la Hospital Melaka! Ni Alhamdulillah Mama mmg xkerja. Kalau diorg buat dkt carrier mothers? Berapa byk kali nk amik cuti? Menyusahkan org betul la. 

Mama xckp semua government hospitals teruk tau! KK Durian Tunggal SGT SUPERB! Kitorg even dh pindah kt Ayer Keroh pn STILL g check-up anak2 or if anak2 sakit g sana. SANGGUP DRIVE JAUH2 nk g KK Durian Tunggal yg BEST itu! 

Jdnya, kena lah Mama dtg AGAIN utk AMIK DARAH AN-NA'EM Rabu ni. 

Tgh menapak nk g amik ubat kt main pharmacy, Mak Ngah plk call. Mak Ngah tukar plan nk blk Kajang pkl 1pm. Hoho! Ni Mama nk g amik ubat ni xtentu lg boleh sampai rumah by 1pm. Hari Jumaat org raaaaaaaaaaaaaaamai! Lenguh pinggang nk menunggu giliran eventhough cuma duduk kt kerusi. 

Tu dia! Lg 23 no. nk kena tunggu
Si kecil yg xmo duduk diam

Dipendekkan cerita, gedebak-gedebuk, sampailah Mama kt rumah around 1pm. Calling2 Mak Ngah, mntk another 15minutes utk bungkus2 brg nk bwk blk Kajang. Siap2, terus blk!

YEEEEEHAAAA! Blk Kajang jumpa ALONG FATEHHHH~
Owh, before blk Kajang singgah kt MI*AT Un*iKL dulu. Mak Ngah nk jumpa Wak Ngah. Anything for u lah, pengantin baru(^^) Mama ni cuma menumpang je. Ikut sahaja dgn rela hati~

Alhamdulillah! Selamat sampai~ Sudah gomol Along Fateh. Alhamdulillah, Mbah kata Along Fateh sgt2 baik sepanjang kt Kjg. Semua benda buat sendiri. Hehe...xsia-sia Mama nasihat hari2 mntk Along berdikari ms kt Kjg(^^)/

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah utk segalanya!

MISSING THEM...

It's 3:44am and i can't sleep. Pusing kanan, pusing kiri, golek kanan, golek kiri. Mata xmahu lelap.

Hanya berdua di rumah bersama2 An-Na'em. Mr.Otherhalf ada kursus in KL. 2:30pm smlm (Khamis) dh bwk Along ke Kjg. Ptg td call, Mr.Otherhalf ckp just dropped Along je. Lps tu bergegas nk kejar pendaftaran kursus. Mama plk stay Mlka sbb An-Na'em ada follow-up dgn pead. @Hospital Mlka esok. Eh? Hari ni la. Dah masuk hari baru, kan? 

An-Na'em kurus blk. Hari tu elok dh selera mknnya. Cirit-birit since smlm. Kesian anak Mama. Selera mknnya xde since Isnin. Mama msk telur dadar je yg An-Na'em mkn. Esok harap2 xkene refer kt dietitian plk. 

Esok ptg mahu pulang jumpa kekasih hati, Along-kun. Since Along sampai Kjg, 2x Mama call sbb RINDU. Sblm bertolak td Along pesan kt Adik An-Na'em, "Adik jgn nangis tau. Along blk Kjg dgn Ayah dulu. Nnt esok kite jumpe lg. Adik dgn Mama blk dgn Mak Ngah Lala, ye?"

R.I.N.D.U!

Semoga Mama, An-Na'em + Mak Ngah Lala selamat sampai ke Kjg esok, Amin!

p/s: Mcm mana agaknya perasaan seorg ibu yg Allah ambil blk "amanah" yg Dia dh pinjamkan sekejap. Lagi2 yg dh 2,3 tahun Dia bg pinjam. Ya Allah, kuatkan hati hamba-Mu ini.

Sunday, February 19, 2012

CERITA TELUR MASIN- Part 1

Assalamualaikum semua!

Mama percaya semua org mesti pernah mkn telur masin, kan? Ada org panggil telur asin. Sedap kalau mkn sambal belacan+ulam2an.  Tak pun nasi kerabu (tetibe terliur nk mkn nasi kerabu ustazah pasar mlm Jenaris plk) 

Zaman skarang ni masa kenduri kawin byk org dh tukar bagi bunga telur ayam kpd telur masin. Sebabnya? Tahan lama + senang nk handle. Wak Ngah nk kawin hari tu pn Mbah bg telur masin. 

Asal2nya, Ucu la yg ngade2 SEMUA BENDE nk buat. Dh la goodies pn Ucu yg pack. Hantaran Wak Ngah pn Ucu yg handle (org lain buat, Ucu tukang bungkus2, masuk kotak). Konon2 ceritanya Ucu nk beli telur masin kt N*SK Balakong pagi Khamis, bwk ke Muar Jumaat, rebus+packing kt sana. IDEA YG SGT MEREPEK!  Dah la konon2 nya mlm Khamis pn nk meniaga, kene la guna lori. Lori tu jgk nnt yg akan bwk segala brg2 ke Muar. Abis niaga, gedebak gedebuk pkl 11mlm jgk. Hantar cuci lori bagai...pkl 12mlm kot baru siap? Abis tu Jumaat tu jgk la nk masukkan brg2 dlm lori. Brg2 bukan sikit ye? Bayangkan org nk kenduri kawin kt tpt org lain, bkn kt rumah sendiri. Dgn hantaran, goodies, baju2 pengantin+keluarga pengantin...Mama blk Kajang tgk berkotak2 brg pn dh pening kepala. Maunya amik ms 2jam nk masukkan brg2 dlm lori nnt. Dah la hari Jumaat org nk solat Jumaat. Wak Ngah nya nk menikah mlm Jumaat tu. MEREPEK, kan?

Mama pn berkeras la nk buatkan telur masin tu. Yg si Ucu ni plk punya byk alasan berdolak-dalih. Mcm2 alasan dibgnya. "TAKUT MENYUSAHKAN KAFE'NA" la..."TELUR MASIN NSK MURAH, TAK MASIN SGT" la..."KAFE'NA ADA ANAK KECIK" la...sekali Mama ckp kt Mbah. Terus Mbah setuju.

So, bermula la misi pencarian telur masin. Senang saje nk cari. Tanya je Hj.G*oogle. Makanya, terjumpa la Mama akan website Tebong Agro Farm ni. Wlpn kt Mlka jgk, tptnya adalah JAUHHHHH! Baik blk Kajang beli kt N*SK je. So, Mama pn call la the owner En.Hashim, manalah tau kot2 dia ada sediakan khidmat penghantaran ke. Alhamdulillah murahnya rezeki Wak Ngah! En.Hashim ckp anak dia mmg akan distribute telur masin kt area Ayer Keroh every Monday and Thursday. 

So, Mama pn buat la deal. Nk telur masin 200 biji on Thursday(2/2/12). Dipendekkan cerita, hari Khamis tu anaknya yg buat delivery kt Ayer Keroh tu call. Kitorg meet-up kt My*din MITC. Baik sgt2 org nya. Senang deal dgn org Tebong Agro Farm ni. Maka, dpt lah Mama 4 kotak telur masin. RM28/box. 50biji/box. Murah, kan? Yg lg best, rupa2nya, Tebong Agro Farm ni supplier telur masin kt food court My*din MITC. So, siapa2 yg berminat utk buat kenduri boleh call En.Hashim kt website dia. Telur Masin yg xberapa masin. Bapa mertuaku boleh habis mkn sebiji, tau!


Begitu la adanya cerita telur masin Wak Ngah kawin. Nnt Mama sambung cerita proses merebus+membungkus plk,k? Sekarang Mama nk suap Along mkn.

Daa~

Saturday, February 18, 2012

QASREENA CAFE

Assalamualaikum semua! 

Last night we had our dinner @Qasreena Cafe, Bukit Katil. Saje2 try mkn kt kedai baru. Kalau x asik2 mamak Padang Kota kt M*ydin MIT*C. Tak pun D' Tom Yam nantoka nantoka (sorry xingat nama penuh kedai tu) sebaris dgn Restoran Na*iman MITC. Tak pun kt W*indmill Bukit B*aru. Balik2 pusing situ je.

Kenapa kedai ni glamour? Sbb nama2 menu nye creative. Tak caya try tanya Hj.G*oogle. Sure org yg blogging psl cafe ni tulis benda yg sama. Owh, kedai sgt senang nk cari. Boleh click sini, ye?


Anyway, Mama bukan blog psl cafe ni sbb nama2 menu nya. Tp sbb nk bg review IKUT TEKAK Mama. 

Mama order Kuew Teow Kungfu Hustle.


Nampak menarik bukan? Banyak kuah je. Kuew teow sechiputttttttt je. Isi lain ade la sikit2. Bg tekak Mama, sedap lg kuew teow kungfu kt D'Tom Yam nantoka nantoka tu. Kuew teow nye BANYAKKK, ISI MELIMPAH RUAH. Puas hati makan.

Mr.Otherhalf plk order Nasi Goreng Coloseume.


Not bad la rasa dia.Nasi tu mcm dia goreng dgn butter ke? Daging tu rs mcm ala2 kuah chicken chop. Iye ke? Blasah la labuuu...Yang pasti, An-Na'em mkn nasi nya banyakkkkkk! 

Along plk mkn Chicken Chop. Gambar xsnap sbb sibuk suapkan An-Na'em nasi masa Chicken Chop Along sampai. Chicken Chop die SEDAAAPPPPP! Ikut tekak Mama, lg sedap dr W*indmill. Along mkn 3/4. Xabis sbb byk minum air.

Yup, we ordered GIANT hot watermelon juice (Mama, An-Na'em +Along shared the giant glass) and hot lychee tea (for Mr.Otherhalf). Both were SUPERB! Manis dia sedang2 je. Pernah minum teh o laici kt mamak mane ntah...rasa laici je. Teh o nye xrs langsung. 


Itu je pn yg kami order. Overall rating Mama bg 6/10 la. Lain kali kalau nk rs betul2 masakan dia, kena dating dgn Mr.Otherhalf je. Ada anak2 smlm dok sibukkan anak2 nk tgk ikan la, nk minum air la, nk turun kerusi la. Mama mkn pn laju je mcm org kebulur. Padahal nk handle anak2 yg mcm2 plk perangainya mlm td.

Handbag hook yg sgt membantu. Berminat? RP:RM35. Mama, boleh bg RM30

Owh, satu tip kalau nk mkn DALAM cafe ni. 
Sila ambil meja tengah. Salah satu sbb xboleh nk enjoy mkn smlm sbb kitorg semua kepanasan. Angin kipas xsampai dekat meja tepi. Tu psl anak2 cranky. Along berpeluh2 mcm baru lepas lumba lari 200m. Mr.Otherhalf pn sampai basah2 baju mcm baru lps main hoki. An-Na'em yg rambut seciput tu pn boleh kebasahan sbb peluh. Peluh Mama je terselindung di balik tudung ;p

Ape2 pn, terima kasih byk2 kpd Mr.Otherhalf. Kitorg semua KENYANG KECAPI~

Percubaan An-Na'em buat "peace" sign.